MSAI  
  MSAI    
MSAI MSAI
www.allergymsai.org
Home | About MSAI | Committee | Membership | Contact Us
    search
Allergies
Upcoming Events
News & Announcements
Web Resources
Primary Immunodeficiency Disorders
Training
Workshop and Seminar
Journal Articles
MSAI Committee
Useful Materials & Self Tests
In The Press
Guidelines
Hunter Hassam
 

 

 


XYZofAllegy.org
 
arrow In The Press

Hidup bebas alergi

PERNAHKAH anda mengalami simptom hidung berhingus, bersin teruk dan berulang, hidung tersumbat dan rasa gatal atau konjunktivitis (mata merah, gatal) sekurang-kurangnya satu jam sehari?

Jika jawapan anda ya, anda mungkin mengalami rinitis alergi (AR). Alergi adalah keadaan di mana sistem ketahanan tubuh bertindak balas secara berlebihan yang menyebabkan simptom alergi kurang menyenangkan.

Walaupun alergi adalah penyakit umum yang selalu ditemui, tahap kesedaran masyarakat terhadapnya masih rendah. Padahal, untuk mengatasinya memerlukan pencegahan hingga akar umbi supaya tidak menjadi penyebab penyakit lain.

Bagi terus memberi pendedahan mengenai penyakit ini, Persatuan Pakar Bedah Otorinolaringologi Kepala dan Tengkuk Malaysia (MSO-HNS) dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) dan sokongan GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) melancarkan kempen awam bertemakan Live Life Allergy Free (hidup bebas alergi).

Kempen itu untuk meningkatkan pendidikan mengenai alergi, mengutarakan pertalian antara penyakit hidung, kulit dan lelah. Ia juga kunci membantu pesakit menentukan jenis alergi dihidapi sebagai langkah mengurangkannya dengan mengesan penyakit lebih awal.

Perunding Pakar Bedah ENT dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif MSO-HNS, Dr Jeevan Jahendran berkata, meskipun jarang menyebabkan kematian, alerg tetap memberi kesan dalam hidup termasuk daripada segi simptom fizikal dan tekanan emosi dihadapi.

Presiden MSAI dan Pakar Runding Imunologi /Alergi Klinikal & Pakar Runding Pediatrik, Dr Amir Hamzah Abdul Latif pula berkata, alergi sejenis gangguan yang lazimnya wujud dalam pelbagai peringkat hidup.

“Ada kemungkinan satu daripada tiga rakyat Malaysia menderita akibat penyakit ini membabitkan golongan muda. Pun begitu, masih ramai tidak menyedari alergi disebabkan kesan aktiviti harian mereka,” katanya.

Soalan biasa ditanya mengenai Kempen Hidup Bebas Alergi

1. Apakah kempen Hidup Bebas Alergi?

Kempen Hidup Bebas Alergi diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan alergi, mengutarakan pertalian antara penyakit hidung, kulit dan lelah. MSO-HNS, MSAI dan GSK percaya pendidikan di kalangan orang awam adalah kunci dalam membantu penderita mengenal pasti jenis alergi yang mereka hidapi bagi mengurangkan kejadian dan merebaknya penyakit itu dengan pengesanan dan rawatan bersesuaian dan akhirnya menunjukkan kebaikan dalam kualiti hidup berkaitan alergi.

2. Organisasi mana yang mewujudkan kempen ini?

Kempen ini diwujudkan oleh Persatuan Pakar Bedah Otorinolaringologi Kepala dan Tengkuk Malaysia (MSO-HNS), Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) dan disokong GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK).

3. Bagaimanakah kempen ini akan dijalankan?

Kempen ini mensasarkan untuk mendapatkan sokongan 500 klinik dan hospital dan 200 farmasi di seluruh negara untuk menyebarkan informasi mengenai kempen dan menyebarkan kit Ujian Diri Alergi (Allergy Self-Test). Sebagai tambahan, usaha berterusan dalam pendidikan penyakit akan dijalankan melalui siri wawancara media dan advertorial dalam penerbitan utama.

Mengenai kit ujian diri alergi

1. Apakah kit ujian diri alergi?

Ujian diri alergi ialah senarai soalan kaji selidik yang membantu penderita mengetahui seandainya mereka mengalami alergi pernafasan atas. Hasil ujian diri alergi membantu meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan dan membantu professional penjagaan kesihatan mereka dalam mendiagnos dan memberi rawatan sewajarnya jika mereka menderita akibat Rinitis Alergi (Allergic Rhinitis).

2. Siapa perlu melalui ujian diri alergi?

Sesiapa yang pernah mengalami alergi atau simptom alergi dinasihatkan mengambil ujian ini.

3. Apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan selepas mengambil ujian?

Selepas melakukan ujian, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor masing-masing untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai langkah selanjutnya yang efektif dan rawatan sebaiknya.

4. Di manakah tempat mendapatkan ujian diri alergi?

Ujian diri alergi boleh didapati di klinik, hospital dan farmasi seluruh negara yang mengambil bahagian. Ia juga boleh dimuat turun dari laman web MSAI di www.allergymsai.org.

5. Adakah anda perlu bayar untuk mendapatkan ujian diri alergi?

MSO-HNS, MSAI dan GSK berharap dapat membantu pesakit meningkatkan kualiti hidup dan terus mendidik masyarakat mengenai alergi. Kerana itu, ujian diri alergi diberi secara percuma untuk membantu pesakit mengenal pasti alergi mereka supaya dapat mengurangkan insiden dan kemelaratan penyakit dengan pengesanan awal dan rawatan sebaiknya.

6. Bilakah boleh melakukan uji diri alergi?

Ujian diri alergi boleh didapati di klinik, hospital dan farmasi seluruh negara yang mengambil bahagian. Selain itu, salinan boleh dimuat turun melalui laman web MSAI di www.allergymsai.org.

Persatuan Pakar Bedah Otorinolaringologi Kepala dan Tengkuk Malaysia (MSO-HNS)

MSO-HNS ditubuhkan 25 tahun lalu. Antara aktiviti persatuan ini ialah pendidikan perubatan berterusan bagi pakar bedah ENT, pengamal perubatan am dan kesihatan bersepadu.

Setiap tahun persatuan ini menganjurkan kem kesihatan di setiap pelosok negara sebagai khidmat kemasyarakatan yang membolehkan penduduk di kawasan pedalaman mendapatkan manfaat rawatan ENT.

Persatuan ini bertindak sebagai satu-satunya suara bagi pakar bedah ENT di Malaysia pada forum dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan lain. Kongres dan sidang antarabangsa antara aktiviti utama persatuan ini dan ia meningkatkan imej dan hubungannya di peringkat dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.msohns.com.

Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) MSAI ditubuhkan pada 1998. Pengasasnya sudah mengkaji perlembagaan dan menubuhkan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia untuk memberi penjagaan kepada pesakit yang lebih baik dan kualiti hidup kepada pesakit alergi dan keluarga mereka.

Sejak itu, persatuan ini berusaha membabitkan diri di peringkat global menyebabkan maklumat mengenai alergi dan mengemaskinikan maklumat di peringkat serantau dan antarabangsa. Maklumat lanjut, layari www.allergymsai.org.

GlaxoSmithKline

GlaxoSmithKline adalah antara syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan terkemuka dunia. Ia komited untuk memperbaiki kualiti hidup manusia dengan membolehkan mereka melakukan lebih banyak perkara, hidup sihat dan hidup lebih lama.

Untuk keterangan lanjut mengenai syarikat ini, sila layari www.gsk.com.

This article was first published in www.hmetro.com.my on 15 May 2011.

Please download the full document below...

    arrow Download 15 May 11 - Harian Metro (Sihat Pg 2-4) - Alergi sejenis gangguan.pdf (Malay - pdf) File size=527 Kb



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
member of global community:
WAO     Gloria    

sitemap | disclaimer | credits

Copyright © allergymsai.org 2006 - 2010   All rights reserved
Website Security Test